warkahku untuk mereka
Assalamualaikum aku tahu aku jahil aku tahu aku sering menyakiti hati mereka yang tersayang aku tahu aku tak selalu membanggakan mereka dan aku tahu tujuanku hanya ingin membuat sehabis baik untuk mereka kadangkala hati memberontak ingin meluahkan sesuatu dek kerana jiwa ini masih wajar dan hormatkan mereka segalanya ditelan begitu sahaja bak menelan sebiji durian bersama - sama kulitnya siang dan malam fokus utama hanyalah mereka perasaan yang kian membunuh membuak - buak perasaan yang lama terpendam meronta - ronta ingin keluar melalui rongga mulut tapi pasti akan ada hati yang terluka dipujuk hati untuk bertenang merekalah satu - satu yang teristimewa mana mungkin hati membenarkan mereka disakiti dengan tindakan mulut tanpa disedari hidupku bergelumang kesedihan aku bersedih atas kebahagiaan orang lain namun aku cuba pasrah mengapa tidak untuk aku berkorban demi mereka mereka telah banyak berkorban dan bersabar denganku mereka tidak pernah mengatakan sem...