Posts

Showing posts from 2016

Jelajah Bahasa Minoriti

Image
Assalamualaikum Sekian lama tidak menulis. Hari ini terdetik dihati untuk mencoret sesuatu yang indah agar tidak lapuk dimamah fikiran.  Program Jelajah Bahasa Minoriti telah dijalankan pada 14 dan 15 Mei 2016 dilaksankan oleh pelajar yang mengambil kursus Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Dibawah subjek Sosiolinguistik dan Falsafah Bahasa Melayu pelajar meneroka dan mendalami masyarakat sejurus dengan pengertian sosiolinguistik iaitu masyarakat dan bahasa. Setiap kata yang dilontar mempunyai falsafah yang tersendiri. Menurut ahli bijaksana, tidak perlu terbang merata dunia, kerana melangkah saja keluar ke halaman rumah juga sudah ada falsafahnya.   Ekspedisi ini disertai seramai 106 orang pelajar dan seorang pensyarah. Lokasi kajian yang telah dipersetujui bersama iaitu Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak yang mana terdapatnya masyarakat minoriti. Masyarakat minoriti yang menjadi fokus kajian kali ini masyarakat asli semai. Masyarakat asli di negara yang tida

Rapuh sebuah hati

Assalamualaikum Waaa begitu lama tidak menulis Bila hati sdh rapuh mula mencari sesuatu yang mampu memahami Mula mencari ruang utk berkata tanpa bunyi Hati selembut kapas  Begitu mudah utk hancur kecut kotor jika terus terbiar tanpa sebarang penjagaan yg rapi Hati yang mengatasi setiap gerak laku dlm kehidupan Kadang kala kita mula berfikir Banyak hati yang kita perlu kasihi sayangi Tapi kita sering lupa bahawa kita juga ada sebuah hati yg perlu dijaga Hati tanpa pengisian yang utuh Umpama sebuah bakul yang berlubang2 Setiap hari diisi dgn air dgn harapan segera penuh Rapuh sebuah hati apabila ujian dtg melimpah ruah Sehingga hati yg rapuh mulai berbisik Kenapa semua ini jd thdpku? Knp ? Knp? Knp? Dan terus menyalahkan diri sendiri Manusia biasa Tidak lari drpd kelemahan Adanya sang penghasut mjadi manusia bertambah lemah  Hati hati dgn hati Kerana hati yg kecil boleh mengatur melakar kehidupan yg besar _____to be continue______