Posts

Showing posts from 2015

hati mohon sado

Image
Assalamualaikum semester mengajar hati saya untuk terus sado menghadapi pelbagai dugaan kekadang tak sempat nak fikir satu, dah mai satu lagi masa tu juga rasa hakak punya jantung mcm tengah join sukan sea hari demi hari ada saja yang tak kena. ada saja yang menggangu gugat kesabaran namun benarlah biarlah masa yang menentukan hari demi hari dilalui setabah yang boleh bersangka baik semua pasti ada pengakhiran setiap yang pahit pasti ada manis di penghujungnya   now busy untuk perjuangan akhir utk semester ni. doakan sy berjaya

Dunia bahasa yang indah

Assamualaikum fuhhh sedar tak sedar dah separuh perjalanan aku dalam dunia bahasa ini. mulanya hakak memang tak pernah terfikir untuk melalui dunia kebahasaan. namun perancangan Allah sebaik2 perancangan. teringat lagi waktu mula2 menerima tawaran kemasukan ke universiti, sujud syukur bertalu2. setiap orang mempunyai nasib masing2 macam hakak sendiri, utk melangkah ke menara gading merupakan satu impian yang tak terhingga dalam hidup . satu2 nya harapan utk membahagiakan kedua mama dan papa. hakak juga bukan berasal dari keturunan sarjana yang bijak pandai. straight A's, tidak.. mama dan papa hakak bukan golongan yang memiliki pendidikan tinggi . namun merekalah inspirasi hakak. ujian demi ujian dalam menuntut ilmu. hampir kecundang di tengah jalan. tapi mama berpesan "kalau bukan hakak yang membawa segulung ijazah utk mama, siapa lagi?" tersentuh lembut kalbu lalu pecah empayar mata. memang hidup hakak penuh rendaman air mata. tetapi air mata itulah yang

ramadan jangan pergi

Image
Assalamulaikum sedar tak sedar kita dah berada di 10 ramadan terakhir... setiap insan pasti mengimpikan seperkara iaitu yang Allah janjikan suatu malam yang terbaik berbanding seribu bulan. syukur kpd Allah diri ini masih diberi kesempatan menikmati ramadan kali. tidak terlintas jika inilah ramdan terakhir bgku? betapa ramadan bakal dirindu. kepada semua untuk islam seluruh pelusuk dunia selamat menjalani ibadah puasa dan memperbanyak amalan

Festival Floria Putrajaya 2015

Image
Assalamualaikum jarang sekali untuk aku menulis bagi sesuatu yang konkrik. baru - baru ini berlangsung sebuah festivasl yang berkonsepkan kepelbagaian bio.. ooppsss bukan bukan... kepelbagaian bunga - bunga. bagi mereka yang sememangnya berasal dari kota raya yang gah ini sudah biasa dengan festival yang gempak ini. namun saban tahun masyarakat tidak pernah jemu utk berkunjung ke festival ini memandangkan setiap tahun pelbagai pembaharuan dan idea2 baru diketengahkan oleh penganjur tidak ketinggalan juga idea2 yang bernas utk menarik pemerhatian pengunjung   alamak bunga terjun :p not air terjun.  kesempatan ini berjumpa DAFI ! orang yg sangat peramah n cool. tQ DAFI  bunga2 cinta kah ini ? <3 :* sebenarnya banyak lagi yg boleh dikongsikan namun atas pelbagai kekangan saya sebagai penulis. saya sebagai pemastautin yang baru berhijrah ke ibu negara ini berbangga kerana negara ini masih mampu menghasilkan sesuatu yang terbaik di mata dunia. 

kembali lagi

Assalamualaikum ya Allah perasaan itu muncul lagi kenapa setiap saat aku memerlukan kekuatan perasaan itu mula lagi kerana diri ini serik? sungguh aku tidak kuat banyak yang ingin diungkapkan namun tidak terzahir dgn kata2 mahupun tulisan hati umpama sebuah kotak yg unik hati menyimpan pelbagai hasrat terkadang kita perlu bertanya kepada hati apakah makna semua ini berlaku sulit. meskipun hati menyiakan namun otak ada kalanya membantah aku sering menangis utk org yg sedang ketawa aku sering menangis utk org yg aku syangi aku sayangi mereka lebih dari aku sayang diri aku sendiri tapi mereka tak faham mereka seakan tak faham hargai malah akhirnya aku sakit sendiri aku menangis kembali.

hati berbisik halus

Assalamualaikum bila diri kini di perantauan  apa yang mampu dilakukan  selain hanya melihat kebahagian gelak tawa keluarga lain  seperti tidak menyedari wujudmu di kejauhan berjurai airmata melihat semuanya cemburu kah diri ini?  perasaan terus meronta mohon difahami namun apa hasilnya? airmata terus mengalir biar saja mereka terbiasa tanpaku andai aku pergi dulu tidaklah begitu terkesan tidaklah rasa kehilangan  tidaklah kekok dalam kehidupan 

adakah hanya sebuah tarikh?

Assalamualaikum tarikh keramat bagi diriku tarikh ini saban tahun ku tanggu tarikh yang dahulunya membuatkan ibu dan ayah menangis gembira tarikh saat aku melihat dunia namun, tahun ini tahun yang sgt mencabar bagiku saat aku perlu berdiri teguh di hadapan insan yg aq sayang di saat aku perlu mempertahankan insan - insan yang ku cinta linangan air mata puas menemaniku aku adalah aku aku bukan seorang yang perlu dibanggakan malah aku tidak punya apa2 utk dibanggakan aku juga seakan tidak pernah membanggakan insan yg ku syg syukur ya Allah... ini tahun yg ke 21 Engkau pinjamkan aku nyawa ini utk ke 21 kali nya aku tak pasti seberapa lama lagi akan boleh meminjam nyawa ini kantung air mata pecah juga mengenangkan nasib diri aku terlampau jahil dlm kehidupan ini kali ke 12 hariku tanpa bapa kali pertama melalui hariku nun jauh di rantau org andai dapat org2 yang ku syg berada disisi andai dapatku kukucup pipi lembut kedua yg tersayang inilah hariku.. hari lah

apa dah jadi?

Assalamualaikum lama tak menulis ? jangan kata blog , assignment berlambak pun lama da terbengkalai hidup seakan tidak terurus Subhanallah... apa dah jadi dgn aku ni ?? T__T hari berlalu semakin cepat namun aku masih terkapar - kapar di landasan kebingunan teruknya diriku.. saban hari langkah demi langkah diorak apa dah jadi?? perlukan mempersoalkan setiap kejadian? setiap kejadian ada hikmah tolonglah wahai diriku tolonglah tolonglah bangkit dan sedarlah dari kealpaan sedarlah dari kenikmatan dunia tolonglah wahai diriku

kenapa aku?

Assalamualaikum kenapa aku? kenapa aku sering menangis? aku menangis akan sesuatu sesuatu yang begitu berat untuk aku ungkapankan sampai bila harus begini aku heran. aku sering mempersoalkan kenapa insan lagi tidak pernah menghargaiku jahat sangatkah aku? mungkin aku tak layak untuk dihargai aku juga punya hati dan perasaan sudah cukup banyak menangis kenapa setiap sesuatu akhirnya bakal ku  tangisi oh itukah yang selayaknya aku terima? penat. aku penat untuk semua ini. wahai insan - insan yang beruntung doaku agar aku juga seperti kamu tidak di dunia in shaa Allah di akhirat aku percaya selepas hujan adanya pelangi pasti selepas derita adanya kebahagiaan.

warkahku untuk mereka

Assalamualaikum aku tahu aku jahil aku tahu aku sering menyakiti hati mereka yang tersayang aku tahu aku tak selalu membanggakan mereka dan aku tahu tujuanku hanya ingin membuat sehabis baik untuk mereka kadangkala hati memberontak ingin meluahkan sesuatu dek kerana jiwa ini masih wajar dan hormatkan mereka segalanya ditelan begitu sahaja bak menelan sebiji durian bersama - sama kulitnya siang dan malam fokus utama hanyalah mereka perasaan yang kian membunuh membuak - buak perasaan yang lama terpendam meronta - ronta ingin keluar melalui rongga mulut tapi pasti akan ada hati yang terluka dipujuk hati untuk bertenang merekalah satu - satu yang teristimewa mana mungkin hati membenarkan mereka disakiti dengan tindakan mulut tanpa disedari hidupku bergelumang kesedihan aku bersedih atas kebahagiaan orang lain namun aku cuba pasrah mengapa tidak untuk aku berkorban demi mereka mereka telah banyak berkorban dan bersabar denganku mereka tidak pernah mengatakan sem

maafkan aku ma..

Assalamualaikum langit berarak mendung gelap membatu angin bertiup kencang sekencang gelora di hati ini kenapa aku perlu lalui semua ini? itulah dinamakan takdir ma, aku minta maaf aku tahu aku pernah bahagiakan ma ma aku tau mama selalu susah hati kerna aku tapi ma satu2 insan teristimewa dalam hidup hanyalah engkau ma, maafkan aku bukan niat nak mengguris hatimu mahupun membuatmu sedih kerna terlalu menyayangimu aku akan lakukan apa saja hanya satu impianku, ku ingin kau bahagia dunia dan akhirat ma, im sorry aku selalu buat mama menangis tapi aku perlu katakan sesuatu walaupun perit kerna aku juga manusia yg tak mampu utk terus menanggung kesakitan ma, doakan aku dunia dan akhirat. andai aku pergi dalu sebelummu ampunkan aku seawal usiaku sampai akhir hayatku bersamamu halalkan segalanya ma. doaku agar kau bahagia.. syurga yg terindah buatmu satu2 ibuku yg tersayang dunia dan akhirat

Hatiku tidak kuat lagi

Assalamualaikum Tidak tahan di jiwa ini utk terus menangis Tapi kenapa air mata tidak pernah berhenti Sakitnya perasaan ini kenapa tiada sudahnya Allah peritnya hidupku tidak terkata Sanubari kini kian meronta Ini menzahirkan segala kebenaran Namun mengapa seakan tiada berjalan Menambah lagi seksanya jiwa Tidakku pinta hidup begini Mana tawandan riang utk mewarnai kehidupan Kenapa hidup bertemankan airmata Bukan mudah utk redha akan segalanya Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Rapuhnya jiwa ini

Assalamualaikum Mengenangkan hidup ini Hati begitu rapuh Nikmat berkeluarga belum pernah dirasa Bukan mudah mengharungi hidup begini Hidup yg sgt daif dari segi kasih sayang Pergi abah membawa separuh jiwa kami Bagi aku sgt kehilangan Namun apakan daya melawan takdir Aku juga menginginkan sebuah keluarga yg sakinah Lengkap segalanya dunia dan akhirat Ingin merasai nikmatnya kekeluargaan Namun apakan daya melawan takdir Kini aku rasakan sgt kosong Ditambah lagi harus berpisah dgn ibu demi mengejar segulung ijazah Saban hari menanggung rindu Tapi kenapa ibu seakan tidak memahami itu? Kenapa bu? Pernahkah bu pikir perasaanku Saat menempuhi peperiksaan akhir aku menangis bu dlm dewan yg begitu gah Kenapa? Kerana terbyg wajahmu ibu. Satu2 nya insan yg ku punya. Tapi kenapa bu? Fokusmu bukan padaku lagi bu Aku masih perlukan sokonganmu bu Tolonglah dengarkan suara hatiku bu. aku merayu... T__T Ya Allah hanya engkau mengetahui segalanya Tolonglah aku ya Allah

tingkap syahduuu

Assalamualaikum kenapa tingkap syahduu? hidupku penuh linangan airmata lepas satu , satu masalah singgah tanpa ku sedari airmata sdh membasahi pipi peritnya hidup ini tidak seorang pun memahami jiwa dan raga yang menanggung mengharapkan keajaiban akan berlaku kini hidupku semakin sukar cabaran dan dugaan tidak putus2 menangis memikirkan hari muka yg bekal menjelma apakah nasibku seterusnya ? insan2 yg dirindui kini semakin menjauh semangat dan kekuatan pergi bersama bak angin berlalu membawa semua kedamaian bak matahari tak ingin menyinari cahayanya insan teristimewa 1 1 nya yg kami punya teruslah bersama kami biarlah aku pergi dulu sebelum tiada dayaku andai engkau berubah kasih ya ALLAH dengarlah doaku...

duit

Assalamualaikum sihatkah uols? sure sihat2 belaka deh kenapa duit? siapa yang xnk duit kan... duit bukan segalanya., tapi segalanya perlukan duit. betul tak? kalau dilihat realitinya duit hanyalah sekeping kertas tapi kerana duit macam2 boleh terjadi duit tidak boleh beli keikhlasan duit tidak boleh beli kejujuran duit tidak boleh beli kasih ssayang duit tidak boleh beli kebahagiaan hidup dgn duit tidak menjanjikan kebahagiaan kerana kita akan menagis kerana duit akan ketawa tp keperluan sang duit zaman ini tidak dapat disangkal lagi bawalah duit ke jalan yg benar carilah duit di jln yg benar in shaa Allah akan memberikan ganjaran yg luar biasa segalanya mampu berlaku dgn izinNya. tiada yg mustahil kadangkala Allah juga menguji kita dgn duit kita adalah makhluk yg teristimewa semoga kita mampu menghadapi segala ujian dariNya __________________AAMIIN________________

aku senyum?

Assalamualaikum sangat munafik diriku aku senyum demi senyuman orang lain aku ketawa demi tawa orang lain tapi aku? siapa yg ada untukku.. kenapa aku dari dulu nasibku begini ya memang aku cukup segala dari segi kewangan tp kasih sayang? kebahagiaan? zero kosong nol 0 aku sering menangis aku menangis melihat kebahagiaan org lain Allah.................(sambung nanti x mampu menahan sebak)

tolonglah jangan kacau kami

Assalamualaikum hendak menangis tak berair mata mungkin terlalu penat menangis air mata pun dah tak dah. kenapa ko muncul dalam hidup kami ko seakan ambil kesempatan atas kebaikan kami perlukah kau buat bgtu? ko sedar la ko sepa. aku pun taktau lah apa mau cakap aku sgt kehilangan punca skrg ni kadang kala gunting sudah ditangan namun segera diri mengucap Allah Allah Allah... bantuan la aku ya Allah.. aq tak kuat.. berdoalah di sejadah bukan di keyboard. ya betul. tapi ini lah salah satu yg hanya mampu aku buat aku seakan tiada tempat berpaut hanya padaMu ya Allah.. KAU TOLONGLAH JANGAN KACAU KAMI ! 

Rinduku utkmu

Assalamualaikum Lama tak bersua Keksah cuba mencari secebis kekuatan utk bekalan hidup Hidup di dunia yg fana ini penuh cabaran dan dugaan yg mencengkam jiwa dan sanubari Air mata menjadi peneman setia Saban hari hinggalah hampir 10 tahun perginya kekasih hati Dia yg bergelar ayah bapa daddy abi dida Perginya tanpa sebarang peringatan Allah menduga yg namanya anak adam agar lebih bertaqwa kepadanya Setiap yg berlaku disekeliling saat mengancam perasaan Semakin hari perasaan merindui kekasih hari semakin menebal Ingin sekali waktu diputar Namun apakan daya upayaku hanya sebagai seorang penghutang di bumi yg luas terbentang ini Garangmu tengkingmu nasihatmu belaianmu senyumanmu Sentiasa menyapa di jiwa Rapuhnya hati ini utk terus menghadapi semua ini Senyum diluar tidak menjanjikan senyum di dalam Teringat saat saat mengucup dahimu Begitu dingin tanpa sebarang balasan Tika itulah hati mulai berbisik kpd diri Tabahlah wahai hamba Allah ini sudah masanya Leraika

tiada manis sebelum pahit

Assalamualaikum keksah nak cerita pasal pengalaman ke menara gading semua pastinya ada menanamkan impian untuk belajar ke universiti kan begitu juga keksah. namun perjalanan keksah begitu berat dan banyak rintangan namun perjalanan harus diteruskan bermula dari lepas spm semua berlumba2 nak sambung belajar kan begitu juga saya. bila result keluar tak lah teruk mana tak lah baik mana. so so je. hihi then semua panggilan u n matrik tak dapat, agak kecewa kat situ. namun tetap redha. hati merelakan melihat rakan2 yang lain dgn senyuman kebahagiaan disamping keluarga namun aq? kupujuk hati . belum masanya. masaku bakal tiba in shaa Allah. rezeki d stpm akhirnya mulakan perjuangan namun hampir putus asa dek kerana dugaan yang begitu dahsyat ditengah perjalanan diuji dgn tawaran diploma sedangkan stpm telah kulalui 1 semester hati kuat mengatakan teruskan stpm mungkin rezeki ko mmg stpm. stpm diharungi dgn pandangan masyarakat sekeliling.. " laaa setakat stpm je?&quo

detik demi detik

Assalamualaikum sabar hati.. sabarlah wahai hati... hhhmmmmm menanti detik nak balik rumah.. rumah ohh rumah tunggu lah kedtgn cuti semester kini bermula sedar tak sedar dah nak habis keksah 1 semester kat sini. Alhamdulillah. walaupun pelbagai dugaan dan cabaran datang bertubi - tubi dengan izin Allah semua dilalui dengan tabah keksah nak balik weeeiiii memang tak sabar nak balik. rumahku syurgaku.... heaven... hati keksah dah fly dulu balik weeii.. keksah still ada 2 paper to go babe... seburuk mana pun rumah anda, tapi itu lah tempat paling selesa dalam hidup anda disamping menanggung kerinduan yang teramat bekalan rindu kini hampir takat terakhir rindu rindu rindu rindu hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri.. itu sekadar peribahasa melayu peribahasa yang dicipta untuk memberikan pengajaran/sindirin/teguran kepada masyarakat peribahasa sangat relevan dalam jiwa kita indahnya bahasa andai diperkasa cop cop cop dah kenapa masuk dalam kebaha

menanggung rindu

Image
Assamualaikum keksah sangat rindu akan mereka2 yang sgt bermakna dlm hidup keksah. kesayangan... my duckdoll my diamond... my pearl.. berilah sinar kebahagiaan kepada kami ya ALLAH berkatilah kehidupan kami ya ALLAH ___________________________________AAMIIN______________________________________

Anugerah dariNya

Assalamualaikum mai mai mai mai... hangpa sihat ka? baguih lah kalu sihat. hhhhmmmmm dunia ini penuh liku dan berduri teruslah pandang ke hadapan meskipun jalan yg kamu lalui sakit sesuatu yang terjadi pasti akan terjadi Allah juga pernah menyebut kun fayakun... kadang hati mulai bertanya beratnya ujian kami ya ALLAH. lepas 1 , 1 lagi ujian yang datang tapi sering muhasabah diri.. ujian datang tidak melebihi batas kemampuan seseorang meskipun berat lalui lah ia dengan keikhlasan walaupun berat tapi ringankan hati redha akan ketentuannya Allah menduga makhluk tanda ingatan kadang kita perlu menangis utk ketawa menangis lah atas keinsafan kita menangislah atas taubat kita kepada ALLAH Anugerah dariNya pasti ada untuk hambanya... in shaa ALLAH..

ceritera bermula

Image
Assalamualaikum keksah here... hye mina hye mina... ko mesti skodeng keksah kan.. okokok mesti korang pelik kan entry keksah ni byk huruf material grafik kurang digunakan kerana...... kekadang keksah update guna fon.. fon tu pula terlebih canggih tak boleh pula link utk media. okokokok jap bagi keksah lalu... 1st of all untuk share la sikit about my life... hakhakhak... kalau tak suka sila tutup mata dan potong lien internet. kbye. this is my ^___^  *isi lah tempat kosong sendiri ok.. kbye dah tgk ke belum #mannisnyacinta ? haaa !! superBBB .. sila tgk! sebelah tu baik sebelah lagi tu senget yg tengah tu hantu. HAHA merenung ke luar jendela... mengakui kebesarannya... hahaha ... kbye hidup umpama wayang. wayang adakala dicorakkan oleh kehidupan. dari wayang lahirkan sesuatu pentas kehidupan wayang juga mampu mencorakkan kehidupan manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan manusia tidak dari melakukan kealpaan namun manusia juga masih ada peluang

Perasan bagus

Assalamualaikum Pong pang pong pang pong Cerita cakap itu bagai ini segala Tapi diri sendiri tak tengok Cakap macam kau je yang bagus dalam dunia ini Cakap orang salah ini salah itu Tapi salah sendiri ko tak nampak kan Aaiiisshhhh menyirap tul keksah kalau macam ini Bersyukur lah korang ada kawan macam keksah ni. Sabar je la. Macam2 dugaan ya Allah Mengucap keksah macam ni Jangan sampai keksah jadi makmah pula Senget tul. Rosak mood betul lah. Keksah ni nak study lagi Fikir hal ko la tak habis2 nak cari pasal Semoga Allah memberi kebenaran lah kepada kita Penat keksah macam ni. Jadi kekbar lah tak lama g Asyik kena sabar je.

2015

Assalamualaikum Tibanya tahun 2015 Mengimbau kenangan yang ditinggalkan Terkenang hari hari yang bakal ditempuhi Kuat kah aku. ? Tahun ini sedikit sebak bagiku Cukup 10 tahun dida pergi Kalaulah 10 tahun lalu mampu aku kembalikan walaupun sedetik Andai ku tahu Inginku kucup pipinya Akanku belai rambutnya Akanku genggam tangannya seeratnya Semuanya untuk bekalan kerinduan sepanjang usia kami Tenanglah wahai ayahku Doakan sentiasa untukmu Semoga syurga buatmu Ibu dan adik akan ku jaga selagi hayat dikandung badan In shaa Allah