Posts

Showing posts from June, 2016

Jelajah Bahasa Minoriti

Image
Assalamualaikum Sekian lama tidak menulis. Hari ini terdetik dihati untuk mencoret sesuatu yang indah agar tidak lapuk dimamah fikiran.  Program Jelajah Bahasa Minoriti telah dijalankan pada 14 dan 15 Mei 2016 dilaksankan oleh pelajar yang mengambil kursus Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Dibawah subjek Sosiolinguistik dan Falsafah Bahasa Melayu pelajar meneroka dan mendalami masyarakat sejurus dengan pengertian sosiolinguistik iaitu masyarakat dan bahasa. Setiap kata yang dilontar mempunyai falsafah yang tersendiri. Menurut ahli bijaksana, tidak perlu terbang merata dunia, kerana melangkah saja keluar ke halaman rumah juga sudah ada falsafahnya.   Ekspedisi ini disertai seramai 106 orang pelajar dan seorang pensyarah. Lokasi kajian yang telah dipersetujui bersama iaitu Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak yang mana terdapatnya masyarakat minoriti. Masyarakat minoriti yang menjadi fokus kajian kali ini masyarakat asli semai. Masyarakat asli di negara yang tida