Jelajah Bahasa Minoriti

Assalamualaikum


Sekian lama tidak menulis. Hari ini terdetik dihati untuk mencoret sesuatu yang indah agar tidak lapuk dimamah fikiran.

 Program Jelajah Bahasa Minoriti telah dijalankan pada 14 dan 15 Mei 2016 dilaksankan oleh pelajar yang mengambil kursus Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu.

Dibawah subjek Sosiolinguistik dan Falsafah Bahasa Melayu pelajar meneroka dan mendalami masyarakat sejurus dengan pengertian sosiolinguistik iaitu masyarakat dan bahasa. Setiap kata yang dilontar mempunyai falsafah yang tersendiri. Menurut ahli bijaksana, tidak perlu terbang merata dunia, kerana melangkah saja keluar ke halaman rumah juga sudah ada falsafahnya.


Ekspedisi ini disertai seramai 106 orang pelajar dan seorang pensyarah. Lokasi kajian yang telah dipersetujui bersama iaitu Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak yang mana terdapatnya masyarakat minoriti. Masyarakat minoriti yang menjadi fokus kajian kali ini masyarakat asli semai. Masyarakat asli di negara yang tidak ramai tahu kewujudan mereka menyebabkan terdapat jurang antara kita. Namun keistimewaan mereka menambahkan lagi variasi sesuai dengan jolokan masyarakat majmuk di Malaysia.







Bahasa Semai kini telah diangkat sebagai bahasa akademik mendorong kami sebagai pejuang bahasa lebih bertanggungjawab memelihara keindahan bahasa. Kata dalam bahasa asli ini tidak sebanyak kata dalam bahasa melayu yang mencecah berjutaan kata. Kami difahamkan bahasa Semai ini hanya mempunyai lebih kira 2000 - 3000 kata saja. Selebihnya hanya menggunakan bahasa alam.

Pengalaman 2 hari 1 malam bersama masyarakat ini tidak dapat dilupa. Pelbagai pengalaman hidup dan petua - petua yang dikongsi kepada kami. Selain itu, sebagai kumpulan pejuang bahasa, dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Dalam tempoh pengajian yang agak singkat belum tentu semangat kekitaan dapat dipupuk tanpa usaha, kerjasama sebegini rupa.




Kami mengambil kesempatan yang ada singgah sebentar ke Air Terjun Lata Iskandar sebagai aktiviti riadah sebelum berangkat pulang ke kampus. Kenangan sepanjang ekspedisi ini banyak mengajar kami erti kehidupan. Kehidupan masyarakat yang berbeza - beza mengindahkan lagi keharmonian hidup di Malaysia.


 



_________HILANG BAHASA HILANGLAH BANGSA__________

Comments

Popular posts from this blog

wow !

This is ur day