cerpen sye smpena mggu bhsa 2011 smktf

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA , KASIH BAPA KEKAL SELAMANYA
     Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang agak berkemampuan . Dari kecil apa yang aku inginkan pasti akan ditunaikan oleh kedua ibu bapaku . Aku hanya mempunyai seorang adik lelaki . Kami dibesarkan dalam sebuah rumah yang cukup untuk  menampung kami sekeluarga . Bapaku seorang yang garang tapi aku selalu mendoakan supaya sesuatu hari nanti beliau akan berubah . Ibuku seorang ibu yang penyayang. Saat aku menangis atau saat aku berada dalam kesulitan , ibu selalu berada disamping ku .Seusia anak kecil yang tidak mengerti apa erti kehidupan , sering merungut  jika kesulitan menyapa diri . Begitulah aku . Aku hanya mengejar kemewahan , keselesaan dan kenikmatan  dunia . Tetapi dalam masa yang sama , aku juga mencari sinar kebahagian dalam keluargaku .Hari demi hari , aku tumbuh membesar bersama kasih sayang ibu bapaku  . Aku dan adikku diberikan  pendidikan yang cukup  . Ilmu fardu ain mahupun ilmu fardu kifayah .Ibu bapaku sangat menitikberatkan pendidikan . Bapaku sering berpesan kepada kami adik beradik ,  tanpa ilmu kita tidak akan hidup seperti manusia . Pesan bapa masih aku pegang hingga kini . Kegembiraan , kegirangan , kesedihan , penderitaan  kami lalui bersama seisi keluarga .
     Pada suatu ketika ,dimana aku sedang meningkat dewasa dan baru ingin mengenal dunia , Allah SWT telah menduga keluargaku dengan pelbagai cubaan . Bapaku mengalami penyakit ketumbuhan di bahagian belakang tubuh badan nya . Ketika itu , aku berusia 10 tahun  . Aku melihat penderitaan bapaku , aku menangis . Seperti aku dapat merasakan kesakitan yang dialami oleh bapaku . Bapaku sering berulang alih ke hospital . Ketumbuhan yang dialami bapaku sangat serius . Penyakit tersebut semakin hari semakin menyiksa jiwa dan raga bapaku . Peristiwa yang sangat menyayat hatiku disaat takbir raya pada tahun itu bergema , bapaku tidak lagi dapat ke masjid seperti orang lain untuk menunaikan solat sunat aidilfitri . Beliau terlantar sakit . Walaupun begitu , bapa tidak ingin melihat anak – anak dan isterinya bersedih . Bapa menyuruh ibu membawa kami pergi menziarahi nenek dan atok di rumah . Dengan berat hati , ibu akur dengan arahan bapaku . Menurut bapa walau apapun terjadi ibu bapa harus diutamakan . Bapa mengizinkan ibu pergi bertemu ibubapa di pagi yang hari yang penuh barakah itu . Tangisan sanak saudara menyelubungi kediaman nenek dan atok ketika ibu memohon ampun kepada kedua ibu bapanya .  Nenek dan atok sangat memahami situasi kami sekeluarga . Mereka juga sering memberi dorongan kepada ibu supaya tabah menghadapi dugaan Allah SWT . Tidak lama selepas itu , ibu mendapat panggilan dari bapa meminta kami pulang dengan segera . Setibanya kami di rumah , aku melihat betapa bapa tersiksa . Saat itu aku hanya mampu berdoa agar Allah SWT meringankan penderitaan yang dialami bapa .
     Selepas kejadian pada pagi syawal itu , kini sebulan telah berlalu . Bapa kini sudah menjalani pembedahan . Dengan izin Allah SWT , penyakit bapa dapat disembuhkan . Aku mula melihat cahaya kebahagian mula menyinari keluargaku yang telah sekian lama suram . Bak kata pepatah , langit tidak selalu cerah . Bapa didapati menghidap kanser paru – paru kesan pembedahan tempoh hari . Doktor mengesahkan bahawa jangka hayat bapaku hanya tinggal enam bulan saja . Dalam tempoh enam bulan itu , bapa memang telah menunjukkan reaksi negatif . Beliau sering sesak nafas . Hospital ibarat rumah kedua bagi bapa . Pada tarikh 21 Jun  2005 , kami meraikan hari lahir bapa di hospital kerana pada ketika itu bapa dimasukkan ke wad kerana mengalami sesak nafas . Walaupun serba kekurangan , tetapi aku melihat bapa menitiskan air mata tanda terharu . Tanpa disedari tempoh enam bulan yang diramalkan oleh doktor itu jatuh pada hari yang sama dengan hari lahir bapa .
     Allah SWT maha berkuasa . Semuanya telah tertulis sejak azali .Tiada seorang pun dapat mengelak .Allah SWT seperti memberi peluang kepada ayah untuk kali terakhir bersama – sama ahli keluarganya untuk menikmati kebahagiaan sebelum Allah SWT menjemputnya . Pada malam itu , bapaku hanya tersenyum melihat gelagat aku dan adik yang terebut-  rebut untuk duduk disampingnya Ibu hanya tersenyum  .Disaat kami kami riang tawa berada disamping bapa ketika itu ,  tiba – tiba penyakit bapa menyerang . Bapa mengalami sesak nafas . Beliau memerlukan bantuan alat pernafasan untuk  bernafas . Sebelum itu , satu – satunya perkataan yang keluar dari mulut bapa ialah “jaga anak – anak kita” . Ayat itu ditujukan kepada ibu . Air mata ibu berjujuran jatuh ke pipi . Betapa tidak disangka begitu cepat masa berlalu . Baru seketika kami melihat senyum tawa bapa . Seminggu telah berlalu . Bapa masih tidak sedarkan diri . Doktor juga sudah mengesahkan bahawa bapa hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan saja . Ketika itu , aku sudah menjangka sesuatu akan berlaku . Jika tidak hari ini , esok . Jika tidak , lusa . Ternyata andaianku tepat . Bapa pergi meninggalkan kami tiga beranak . Aku pasrah . Mungkin lebih baik bapa pergi mengadap maha Pencipta daripada beliau terus menderita .
     Selepas pemergian bapa , ibulah yang menguruskan segala urusan pejabat bapa . Ibulah yang bertungkus lumus membesar aku dan adik seorang diri . Ibu bekerja siang dan malam demi keselesaan anak – anak . Aku , berasa sangat kehilangan .  Kebahagiaan yang aku cari selama ini masih belum kutemui .Ibu tidak pernah mengenal erti penat . Meskipun sakit , ibu tetap bekerja keras semata – mata untuk mencukupkan  keperluan anak – anak . Ibu menguruskan sebuah syarikat peninggalan arwah bapa .Syarikat ini merupakan sumber kewangan keluarga kami . Tanpa syarikat itu , kami ibarat seekor ikan yang terdampar di daratan. Kadangkala aku sedih melihat pengorbanan ibu .Aku bertekad dalam hati , sesuatu hari nanti aku pasti membalas segala jasa ibu dan pengorbanannya terhadap kami dua beradik .Kini aku sudah bergelar mahasiswa tahun terakhir bidang perubatan dan kedoktoran di Universiti Perubatan Antarabangsa ( International Medicial University ) . Hari yang penuh bersejarah dalam hidupku iaitu Majlis Graduasi Universiti Perubatan Antarabangsa . Aku keluar sebagai seorang doktor pakar perubatan sakit puan . Kini aku bertugas di hospital dimana tempat aku dilahirkan 25 tahun yang lalu . Adik kini berada di Matrikulasi Labuan dalam bidang sains hayat . Adik melanjutkan pelajarannya setelah cemerlang dalam SPM iaitu mendapat 10A+  . Ibu kini dimamah usia . Aku ingin ibu menjadi seperti permaisuri dalam istana . Hanya duduk diam saja  dan tenangkan fikiran . Aku akan mengalas semua tanggungjawab keluarga . Cukuplah  setelah bertahun –tahun ibu tidak henti – henti mencari rezeki untuk membiayai kos pengajian aku dan adik . Sesungguhnya kasih ibu tiada tandingannya . Ibu seorang yang tabah menghadapi dugaan Allah SWT . Seorang yang kuat semangat dan tidak pernah berputus asa meskipun telah kehilangan orang yang tercinta . Tanpa ibu siapalah kita . Kasih ibu membawa ke syurga , kasih bapa kekal selamanya .  

Comments

Popular posts from this blog

wow !

This is ur day