Jumaat terakhir

Assalamualaikum

Salam segala puji bagiNya tuhan yang mencipta sekalian alam
Salam bagi nabi junjungan kita
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Semalamku mimpinya sesuatu yang begitu kuinginkan terjadi di alam realiti ini
Andai mimpi jadi kenyataan segala syukur kupanjatkan buatmu ya Allah
Namun aku sedar
Mimpi adakalanya menjadi petanda bagi menjalani kehidupan ini
Mimpi juga adakalanya merupanya mainan tidur ataupun putar belit syaitan. Nauzubillah

Ya Allah kau yang mengetahui segala
Dengarkanlah doaku Ya Allah..

Sedar tak sedar hari ini 26/12/14 merupakan jumaat yang terakhir bagi tahun 2014
Beribu insan sedang diuji di atas muka bumi ini dgn pelbagai dugaan
Insan insan yang bertuah mendapat ujian dariNya

Allah sedang menguji bukannya menghukum
Sesungguhnya ada sesuatu yang indah terselit dibaliknya

Pahit selalu datang dulu sebelum kemanisan
Perit selalu datang dulu sebelum ketenangan
Sempit selalu datang dulu sebelum kelapangan
Kesedihan selalu datang dulu sebelum kebahagiaan

Semoga kita sentiasa dibawah lindunganNya
Yakin dan percaya akan setiap ketentuan


Comments

Popular posts from this blog

wow !

This is ur day